24 Disember 2008

Kemalangan Di Kg. Sg. Buloh

Pada kira-kira jam menghampiri pukul 12 tengah malam, satu bunyi letupan yang kuat kedengaran dari luar rumah kami di Kg Sungai Buloh Jalan Kota Batu. Pada ketika itu saya berada didalam bilik bersama anak perempuan saya yang masih lagi menonton televisyen sementara isteri saya sudah nyenyak tidur lalu terjaga mendengar bunyi letupan yang kuat itu, dan setelah diperiksa ternyata satu kemalangan telah berlaku yang membabitkan 3 buah kenderaan dan mencederakan 2 orang penumpang.











Syabas dan tahniah kepada Pasukan Bomba & Penyelamat, Polis Diraja Brunei dan Ambulance yang begitu pantas dan cekap dalam mengendalikan kes kemalangan itu semalam.

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT DAN INGAT ORANG YANG TERSAYANG




1 ulasan:

zeelah berkata...

bahaya jua kemalanan atu...