26 Disember 2008

Good Result 2008


Alhamdullillah...bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah dan kurnia Nya jua semua anak anak saya lulus dalam perperiksaan akhir tahun 2008 dan mendapat keputusan yang cemerlang.


Ak Muhd Aminul Hakimin lulus dalam peperiksaan PSR
dan mendapat keputusan yang
membanggakan
(
B - English B - Malay B - Science B - GP A - Maths)
dan ia akan melanjutkan pelajaran ke Maktab SOAS





Ak Muhd Haziq Dzulfadhly lulus dalam peperiksaan Akhir Tahun mendapat tempat PERTAMA didalam Kelas dan menerima hadiah Murid Cemerlang 2008





Ak Muhd Aqil Mustaqeem lulus dalam peperiksaan Akhir Tahun mendapat tempat KETIGA didalam Kelas dan menerima hadiah Murid Cemerlang 2008




Dk Nurwasimah lulus dalam peperiksaan Akhir Tahun mendapat tempat PERTAMA didalam Kelas dan menerima hadiah Murid Cemerlang 2008



25 Disember 2008

Tarian Hawaii...

Bright Jigsaw International School mengadakan konsert tahunan 2008 bertempat di ICC


Buahhh buahhh...ada orang mahu beli buah?





24 Disember 2008

Kemalangan Di Kg. Sg. Buloh

Pada kira-kira jam menghampiri pukul 12 tengah malam, satu bunyi letupan yang kuat kedengaran dari luar rumah kami di Kg Sungai Buloh Jalan Kota Batu. Pada ketika itu saya berada didalam bilik bersama anak perempuan saya yang masih lagi menonton televisyen sementara isteri saya sudah nyenyak tidur lalu terjaga mendengar bunyi letupan yang kuat itu, dan setelah diperiksa ternyata satu kemalangan telah berlaku yang membabitkan 3 buah kenderaan dan mencederakan 2 orang penumpang.











Syabas dan tahniah kepada Pasukan Bomba & Penyelamat, Polis Diraja Brunei dan Ambulance yang begitu pantas dan cekap dalam mengendalikan kes kemalangan itu semalam.

PANDU CERMAT JIWA SELAMAT DAN INGAT ORANG YANG TERSAYANG




23 Disember 2008

Majlis Perkahwinan & Malam Berambil-Ambilan

14hb Disember 2008 ialah hari yang bersejarah buat Ak Radin Al-Sukri kerana Majlis perkahwinan beliau berlangsung pada hari tersebut.



Wakil Wakil Berharap dan Penyambut Tetamu














Berziarah





























































Majlis Malam Berambil Ambilan